Showing posts with label Pemakanan TTC. Show all posts
Showing posts with label Pemakanan TTC. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

Pati Delima Gulsan & Madu

Salam semua

Kebetulan ke Warta, Bangi pada isnin lepas.
Nak mencari pizza hut. Dari KL ke Bangi semata2 nak cari pizza???
No la...on the way ke umah auntie, so suri nak belikan anak2nya pizza.

Sambil suami pusing2 cari parking, mata Suri melilau tgk deretan kedai.
Tetiba2 ternampak satu kedai borong yg jual kurma.
Dlm hati, ' mesti kedai ni ada jual pati delima gulsan murah'.
Cepat2 ajak suami jenguk kedai tu.
Masya Allah, best nye brg2 yg dijual kat kedai tu.

Air zam-zam.
Madu asli dari Timur Tengah - RM25/500g (Alshifa)
Capsule Habatus Sauda - RM15/30pcs 
Badam - RM12/pax (tak ingat berapa gram)
Biji apricot - RM12/pax
Cuka kurma.
Jus delima, jus oren, jus apricot.
Kurma bermacam2 jenis dan kismis.
Serunding ayam/daging fresh pun ada jual gak.
Macam2 lagi la....

Kat kedai ni pati delima gulsan RM15 je sebotol. Terus rembat 2 botol.
Sebabnya kat KL, rata2 jual RM18 sebotol. Sebelum ni Suri beli dgn harga RM18 jgk.
Dekat pasar mlm jalan Tar lagi cekik darah.
Sebotol jual RM20, kalu beli 2 botol dapat RM18 sebotol.
Kaut untungggg sgtt kan...


Suami lak beli madu Alshifa. Minum di pagi hari katanya.
Ni banner kedai nya. Sapa2 yang sekitar Bangi, leh la g jamu mata kat kedai tu.
















* Gambar ehsan google

Sederet dengan McDonalds.
Agak ke hujung sedikit.
Ada jual pelbagai jenis biskut raya jugak.
.................................................................................

Selama 2 hari amalkan pati delima gulsan ni, sistem penghadaman ok sggt.
Lawas giteww. Tolong jgn sesekali bayangkan nya. Hahaha
Puas hati la.




Thursday, June 20, 2013

Makanan Khas utk Suami



10 makanan untuk menyerlahkan lagi kejantanan para suami. Gitew mukadimahnya.
Bila Suri jumpa article ni, terus berkobar2 nak cari semua bahan yang dicadangkan.
Mana tak nya, kesemuanya berkhasiat. 
Mampu meransang horman jantan suami...hahahhaha
Nak2 pula bagi suami makan utk bermalam jumaat kan.
Kelainan prestasi gtew. Galak terlebih.

Info ni Suri dapat dari belog berita ni. Semoga bermanfaat kepada semua.

1. Ikan


Ikan kaya dengan Omega-3 iaitu sejenis asid lemak. Selain itu, ikan juga membantu dalam fungsi otak,merendahkan kolestrol dan membantu peredaran darah dalam badan. Selain itu ikan juga merupakan sumber Vitamin B yang baik untuk kesihatan.
.............................................................................................................
Sedap je Suri tengok salmon grill ni. Nikmatnya kalu dapat makan skrg ni. ; p



2. Biji Bunga Matahari

Biji bunga matahari mengandungi vitamin B1 yang tinggi. Vitamin B1 ini membantu untuk meningkatkan stamina lelaki untuk beraksi.

.............................................................................................................
Wow statement! Meningkatkan stamina ek. Yang menjadi persoalannya adakah biji bunga matahari yg kita selalu makan tu ke?? Tak da bhn kimia ke?? or minyak bunga matahari??



3. Kekacang

Kekacang yang disyorkan adalah badam kerana mempunyai asid lemak yang penting. Selain kaya dengan vitamin pemberi tenaga (B3) ia juga menggalakan pengeluaran hormon lelaki yang penting dalam mengawal nafsu seks.
.............................................................................................................
Mulai skrg, gantikan snek dengan kekacang. Sambil2 tgk tv boleh kunyah badam. Bawa bekal kat opis pun badam. Sure suami Suri suka. Dulu penah sekali beli badam kat Pdg Besar. Ya Allah sedapnya. Kunyah punya kunyah, sedar2 dah habis 1/2 kilo laki bini makan.




4. Buah Oren

 Kebanyakan kita tahu, buah oren mempunyai vitamin C yang tinggi dimana baik untuk sistem imunisasi badan. Seterusnya membantu melancarkan peredaran darah untuk memberi kepada lelaki ereksi yang lebih lama.

.............................................................................................................
Memang faberet suami Suri. Wajib beli kalu g mana2 pasar malam. Suami Suri ni jenis reti pilih buah oren yg manis. Tgk kulit pun dah tau masam atau manis. Tabikk la awak... ;D

 
5. Saderi

Rata2 mengeyorkan utk mengamalkan saderi. Ianya baik untuk stimulasi seksual kerana ia mengandungi hormon ‘androsterone’. Hormon inilah yang dikeluarkan oleh lelaki ketika berpeluh yang dikatakan mampu merangsang naluri seksual wanita.
.............................................................................................................
Suri memang pakai saderi dalam masakan. Terutama sup, tom yam mahupun maggie sup. Suami pun sukakannya. Kalu suami yg di pasar, tak payah pesan, automatik suami akan beli. Saderi ni sedap. Suri memang suka tidur bwh ketiak suami. Sedaaapppp je bau. Suri penah terbace article yang bau ketiak suami mampu menghilangkan stress isteri serta menenangkan. Huhuhuhu


6. Biji Labu

Biji labu mengandungi elemen zink dimana penting dalam pengeluarkan hormon testosteron untuk lelaki. Juga baik untuk wanita untuk mengekalkan ghairah seksual. Biji labu juga kaya dengan Omega-3 yang memainkan peranan seperti menambah kekuatan,keinginan dan kesuburan.

 
7. Jeruk Kubis


Kajian menunjuk 90% lelaki menjadi lebih aktif secara seksual selepas makan jeruk kubis. Jeruk kubis ini akan meningkatkan libido (naluri seks) ke tahap yang lebih tinggi.
.............................................................................................................
Jeruk kubis ni cam kim chi yang kita tgk dalam citer korea ke? Kalu yang tu Suri dpt agak, mesti sedapkan. Selalu tgk pelakon2 korea makan dengan ramen/maggie. Emmmm...nyummm2




8. Pisang


Pisang adalah makanan pemberi tenaga. Sebab itu kalau anda tengok selalunya pemain bola atau ragbi akan dibekalkan dengan pisang. Pisang mengandungi enzim bromelain yang meningkatkan libido lelaki. Juga kaya dengan Vitamin B (riboflavin dan potasium) yang penting untuk pengeluaran hormon testosteron dan tambah tenaga.
...............................................................................................................
Berunsur lucah sikit gambar pisang nye tu. Hehehe







9. Avokado


Avokado mengandungi tahap asid folik yang tinggi dimana membantu memproses protein secara metabolisme kemudiannya menjadikan anda lebih bertenaga. Avokado juga mengandungi vitamin B6 dan potasium yang dapat meningkatkan pengeluaran hormon lelaki. Juga baik untuk wanita kerana mampu meningkatkan libido wanita.
.............................................................................................................
Suri xpenah makan avocado ni. Ada yg wat salad kan? Apa rasenya ye.
Avocado ni pun blh diblend menjadi smoothie jgk.




10. Asparagus


Mengandungi vitamin E yang tinggi.Ia dipercayai sebagai vitamin yang khusus untuk seks. Dikatakan juga boleh melihat kesannya jika makan asparagus selama tiga hari berturut-turut.
.............................................................................................................
Suri selalu beli kat tesco. Bahagian organic tu. Sedap...






Wednesday, June 19, 2013

Anak Kembar

Salam

Suri nih gigih benooor nak wat n3 banyak2. Hehehe
Almaklum la belog masih berusia 2hari. Kena la banyak n3.
Baru meriah uolss.

Dalam kegigihan mencari petua2 dan makanan tambahan utk ttc,
terjumpa lak petua nak dptkan anak kembar.
Whattt??? ye kembar uols....excited kan.
Mengikut blog Shela ni, ada beberapa faktor la.
Suri suka yang last skali. Sbb yang lain tu dah xleh nak wat pe.
Suami Suri bukan dari kalangan keluarga yg mempunyai kembar.

Takpe2..jgn susah hati. Suri masih boleh amalkan makan ubi, kentang dan susu.


" Banyakkan makan ubi, kentang dan susu. Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu, ia bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak"

Excited sgt nk cubaaaaa. Mana lah tau rezeki Suri dan suami kan.
Mulai sekarang, Suri akan cuba sedaya upaya utk minum susu setiap hari.
Suri jenis yang xleh minum susu. Nak termuntah.
Kadang2 tu terpaksa tutup hidung, pejam mata then baru minum susu.
Dari sekolah rendah lagi mmg Suri jenis liat nk minum susu.
Kesannya, sekarang tulang sakit2. Terutama kalau sejuk terlampau.

Mulai sekarang....chaiyokkk! Minum susu
Kalu dapat minum susu kambing, lagi elok kan.

Jangann pernah mengalah. Apa pun semuanya terjadi dengan kehendak Allah.

p/s : kalu minum anmum materna, kena ambil lg ke pil folic asid? Setahu Suri dalam susu anmum tuh dah ada folic acid.