Monday, July 22, 2013

Demam di bulan Ramadhan

Salam

Alhamdulillah, dah nak masuk minggu ke-3 puasa.
Setakat ni hari2 Suri masak utk berbuka.
Suami jenis kurang nk makan kat luar.
Hari2 wajib masak katanya.

Kat opis, suami akan sms...'hari ni nak masak ape'
Alhamdulillah...senyum lebar.
Ramadhan kali ni benar2 bermakna.
Tahun ke-2 kami sbg suami isteri dan dpt ber'Ramadhan' bersama.
Tahun lepas masih PJJ.
Walaupun masak simple, kami tetap berselera berbuka.

Dah 2 hari demam selesema.
Bila malam je, badan akan panas.
Suami bawak g Hospital Pakar Al Islam, doc nasihatkan rehat.
Banyakkan minum air, katanya bibir Suri kering sangat.
Doc prescribe vit-C untuk seminggu...malangnya company tak cover.
So, vit-c Suri bayar sendiri. Ubat2 lain percuma.

 
Bibir kering, sekitar hidung pun sama. Kesan2 selesema.

Monday, July 8, 2013

Selamat Berpuasa - Gandakan Usaha

Salam

Hari terakhir di bulan syaaban.
Esok mula berpuasa.
Alhamdulillah, tahun ke 2 berpuasa sebagai isteri.
Syukur Ya Allah atas kesempatan merasai nikmat berumahtangga.
















 


Pic : Google

So, pada bulan puasa akan berubah la jadual harian masing2 kan.
Bagi yang bekerja, sure balik sejam awal dari biasa.
Tapiiiii jalan mesti jem walaupun blk awal. takpe..janji blk awal.






















Kepada TTCian sekalian, selamat berpuasa dari Suri & suami.
Perbanyakkan doa dan sedekah. Moga2 mendapat keberkatan Ramadhan kali ini.
Insha Allah


Friday, July 5, 2013

Belum Rezeki Kami

Salam

Hari ni CD2. Cycle lepas 31.
Maknanya belum rezeki kami lagi.
Alhamdulillah..syukur Allah bg cycle seterusnya.

So, CD1 semalam hanya Allah je tahu betapa sakitnya.
Lenguh badan, kembung perot, period pain yg menyucuk2,
sakit belakang. Seharian tido. Period sblm ni tidak lah seteruk bulan ni.
Bila dah sakit, terpikir bukan2.

Insha Allah. Akan ada rezeki kami suami isteri.
Cuma bukan sekarang.


Tuesday, July 2, 2013

Burger Bakar

Salam

Terliur tgk kwn kat tayang burger bakar masing2 kt FB.
Suri ape lagi..meroyan la kat suami nk try juga.
Dari sehari asyik bertangguh je. Suami suri ni jenis ni jenis tekak melayu.
Nak makan masakan kt umah je.

Meroyan punya meroyan, akhirnya dpt gak.
Burger bakar abang burn.

Geleng kepala bila suami Suri tgk.
Calorie banyak katanya. Hehehe
Sekali sekali...janji taun dpn pulak Suri minta eh.


Friday, June 28, 2013

Angan2 nak beli oven

Salam

Bersiaran di pagi Sabtu.
Alhamdulillah...jerebu dah berkurangan.
Dah boleh kuar rumah dengan gumbiranya.

Semalam kuar dating dengan suami.
Gi kedai jual alat2 bakery je pun. Kira dating jugak la kan.
Bake With Yen, Lorong Hj. Taib. Pat lima kali pusing dlm kedai tu.
Macam2 produk ...terus semangat nk beli oven!
Masha Allah bestnya kalu dpt buat biskut raya tahun ni.

Dah berkira2 nak buat biskut aiskrim, krunchy krunchy (nama kasi sendiri),
chocolate bar, peanut butter cookies. Angan2 je lebih..oven tarak.

Kalu kerajaan bagi bonus raya tahun ni, leh le beli oven.
Yang murah2 jadi ler. Sepupu Suri kata jenama Elba bagus.
Tapi susah cari...

Pada Suri kalu dpt oven yang jenis bulat (oven lama) dah okeh dah.
Auntie Suri sampai skrg guna oven tu..katanya berkualiti
walaupun dah berkurun dah guna.















Ni la rupa oven bulat nya. Masih ada ke yang pakai oven ni?

Jenis elba pun ok. Ada pelbagai size. 30L, 40L, 42L
So, untuk suri beli yang kecik2 pun takpe. Nak main masak2 je pun.
Bukan nk buat business kek ke hape kan. Harga pun ada yang murah dan ada yg mahal
mengikut size...









Wednesday, June 26, 2013

Ayam Goreng Kunyit Black Pepper

Salam & hellooo there...

Suri wajib ke dapur setiap hari.
Kalu hari cuti masak banyak sikit.
Kalu hari bekerja, masak untuk dinner sahaja.
Walaupun Suri masak simple untuk dinner, suami makan bertambah jugak.
Ayoooook...badan suami makin demook-demook.

Mana tak nya, sampai umah dah 6.30ptg, terus masak.
Paling awal buleh makan adalah 8 malam. Waktu2 cmtu dah tak sesuai
untuk makan berat. Apatah lagi kalu makan nasi berpinggan2 mcm suami Suri tu.






Tambah2 kalu masak ayam goreng kunyit black pepper.
Dihidangkan pulak dengan sup sayur.
Makin berselera suami tambah nasi.

Suri nak kongsikan resepi yang sgt simple ni.

BAHAN :
Dada ayam di potong kecil (anggaran untuk 2 org)
3 ulas bawang putih - dicincang utk menumis
1 biji bawang besar holland - potong tebal2
Sayur2 - brokoli, carrot, kacang panjang, cili besar


 



BAHAN PERAPAN :
3 ulas bawang putih *
1 sudu lada hitam *
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

CARA-CARA :
1. Tumbuk lumat bahan bertanda * dan gaulkan bersama serbuk kunyit dan garam. Perapkan dengan dada ayam tadi selama lebih kurang 5-10 min. Kemudian gorengkan ayam td sehingga masak.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah dicincang hingga naik bau. Masukkan ayam yg telah digoreng td. Tak perlu tambah garam lagi.
3. Masukkan sayur2. Siap.

SELAMAT MENCUBA TTCian




Pati Delima Gulsan & Madu

Salam semua

Kebetulan ke Warta, Bangi pada isnin lepas.
Nak mencari pizza hut. Dari KL ke Bangi semata2 nak cari pizza???
No la...on the way ke umah auntie, so suri nak belikan anak2nya pizza.

Sambil suami pusing2 cari parking, mata Suri melilau tgk deretan kedai.
Tetiba2 ternampak satu kedai borong yg jual kurma.
Dlm hati, ' mesti kedai ni ada jual pati delima gulsan murah'.
Cepat2 ajak suami jenguk kedai tu.
Masya Allah, best nye brg2 yg dijual kat kedai tu.

Air zam-zam.
Madu asli dari Timur Tengah - RM25/500g (Alshifa)
Capsule Habatus Sauda - RM15/30pcs 
Badam - RM12/pax (tak ingat berapa gram)
Biji apricot - RM12/pax
Cuka kurma.
Jus delima, jus oren, jus apricot.
Kurma bermacam2 jenis dan kismis.
Serunding ayam/daging fresh pun ada jual gak.
Macam2 lagi la....

Kat kedai ni pati delima gulsan RM15 je sebotol. Terus rembat 2 botol.
Sebabnya kat KL, rata2 jual RM18 sebotol. Sebelum ni Suri beli dgn harga RM18 jgk.
Dekat pasar mlm jalan Tar lagi cekik darah.
Sebotol jual RM20, kalu beli 2 botol dapat RM18 sebotol.
Kaut untungggg sgtt kan...


Suami lak beli madu Alshifa. Minum di pagi hari katanya.
Ni banner kedai nya. Sapa2 yang sekitar Bangi, leh la g jamu mata kat kedai tu.
















* Gambar ehsan google

Sederet dengan McDonalds.
Agak ke hujung sedikit.
Ada jual pelbagai jenis biskut raya jugak.
.................................................................................

Selama 2 hari amalkan pati delima gulsan ni, sistem penghadaman ok sggt.
Lawas giteww. Tolong jgn sesekali bayangkan nya. Hahaha
Puas hati la.




Thursday, June 20, 2013

Makanan Khas utk Suami



10 makanan untuk menyerlahkan lagi kejantanan para suami. Gitew mukadimahnya.
Bila Suri jumpa article ni, terus berkobar2 nak cari semua bahan yang dicadangkan.
Mana tak nya, kesemuanya berkhasiat. 
Mampu meransang horman jantan suami...hahahhaha
Nak2 pula bagi suami makan utk bermalam jumaat kan.
Kelainan prestasi gtew. Galak terlebih.

Info ni Suri dapat dari belog berita ni. Semoga bermanfaat kepada semua.

1. Ikan


Ikan kaya dengan Omega-3 iaitu sejenis asid lemak. Selain itu, ikan juga membantu dalam fungsi otak,merendahkan kolestrol dan membantu peredaran darah dalam badan. Selain itu ikan juga merupakan sumber Vitamin B yang baik untuk kesihatan.
.............................................................................................................
Sedap je Suri tengok salmon grill ni. Nikmatnya kalu dapat makan skrg ni. ; p



2. Biji Bunga Matahari

Biji bunga matahari mengandungi vitamin B1 yang tinggi. Vitamin B1 ini membantu untuk meningkatkan stamina lelaki untuk beraksi.

.............................................................................................................
Wow statement! Meningkatkan stamina ek. Yang menjadi persoalannya adakah biji bunga matahari yg kita selalu makan tu ke?? Tak da bhn kimia ke?? or minyak bunga matahari??



3. Kekacang

Kekacang yang disyorkan adalah badam kerana mempunyai asid lemak yang penting. Selain kaya dengan vitamin pemberi tenaga (B3) ia juga menggalakan pengeluaran hormon lelaki yang penting dalam mengawal nafsu seks.
.............................................................................................................
Mulai skrg, gantikan snek dengan kekacang. Sambil2 tgk tv boleh kunyah badam. Bawa bekal kat opis pun badam. Sure suami Suri suka. Dulu penah sekali beli badam kat Pdg Besar. Ya Allah sedapnya. Kunyah punya kunyah, sedar2 dah habis 1/2 kilo laki bini makan.




4. Buah Oren

 Kebanyakan kita tahu, buah oren mempunyai vitamin C yang tinggi dimana baik untuk sistem imunisasi badan. Seterusnya membantu melancarkan peredaran darah untuk memberi kepada lelaki ereksi yang lebih lama.

.............................................................................................................
Memang faberet suami Suri. Wajib beli kalu g mana2 pasar malam. Suami Suri ni jenis reti pilih buah oren yg manis. Tgk kulit pun dah tau masam atau manis. Tabikk la awak... ;D

 
5. Saderi

Rata2 mengeyorkan utk mengamalkan saderi. Ianya baik untuk stimulasi seksual kerana ia mengandungi hormon ‘androsterone’. Hormon inilah yang dikeluarkan oleh lelaki ketika berpeluh yang dikatakan mampu merangsang naluri seksual wanita.
.............................................................................................................
Suri memang pakai saderi dalam masakan. Terutama sup, tom yam mahupun maggie sup. Suami pun sukakannya. Kalu suami yg di pasar, tak payah pesan, automatik suami akan beli. Saderi ni sedap. Suri memang suka tidur bwh ketiak suami. Sedaaapppp je bau. Suri penah terbace article yang bau ketiak suami mampu menghilangkan stress isteri serta menenangkan. Huhuhuhu


6. Biji Labu

Biji labu mengandungi elemen zink dimana penting dalam pengeluarkan hormon testosteron untuk lelaki. Juga baik untuk wanita untuk mengekalkan ghairah seksual. Biji labu juga kaya dengan Omega-3 yang memainkan peranan seperti menambah kekuatan,keinginan dan kesuburan.

 
7. Jeruk Kubis


Kajian menunjuk 90% lelaki menjadi lebih aktif secara seksual selepas makan jeruk kubis. Jeruk kubis ini akan meningkatkan libido (naluri seks) ke tahap yang lebih tinggi.
.............................................................................................................
Jeruk kubis ni cam kim chi yang kita tgk dalam citer korea ke? Kalu yang tu Suri dpt agak, mesti sedapkan. Selalu tgk pelakon2 korea makan dengan ramen/maggie. Emmmm...nyummm2




8. Pisang


Pisang adalah makanan pemberi tenaga. Sebab itu kalau anda tengok selalunya pemain bola atau ragbi akan dibekalkan dengan pisang. Pisang mengandungi enzim bromelain yang meningkatkan libido lelaki. Juga kaya dengan Vitamin B (riboflavin dan potasium) yang penting untuk pengeluaran hormon testosteron dan tambah tenaga.
...............................................................................................................
Berunsur lucah sikit gambar pisang nye tu. Hehehe







9. Avokado


Avokado mengandungi tahap asid folik yang tinggi dimana membantu memproses protein secara metabolisme kemudiannya menjadikan anda lebih bertenaga. Avokado juga mengandungi vitamin B6 dan potasium yang dapat meningkatkan pengeluaran hormon lelaki. Juga baik untuk wanita kerana mampu meningkatkan libido wanita.
.............................................................................................................
Suri xpenah makan avocado ni. Ada yg wat salad kan? Apa rasenya ye.
Avocado ni pun blh diblend menjadi smoothie jgk.




10. Asparagus


Mengandungi vitamin E yang tinggi.Ia dipercayai sebagai vitamin yang khusus untuk seks. Dikatakan juga boleh melihat kesannya jika makan asparagus selama tiga hari berturut-turut.
.............................................................................................................
Suri selalu beli kat tesco. Bahagian organic tu. Sedap...






Wednesday, June 19, 2013

Tanda Kehamilan Palsu


 Salam

Tanda kehamilan palsu. TTCian yang lain penah tak merasainya?
Dalam 2-3 bulan kebelakangan ni, selalu gak la Suri loya2,
sakit kepala, sakit belakang, sakit ari2, teringin nak makan itu ini.
Ditambah pula keadaan perot yg nampak sedikit buncit kan.
Time tu mmg dah terpikirkan pregnant.
Kebetulan period lewat sehari.
Apa lagi berdebar2 buat upt test...hehehhe
Namun Allah lebih mengetahui perancangan yang sebaik2nya buat
Suri dan suami.

Yang kelakarnya, sehari selepas buat upt test, dengan riang nya period kuar.
Saja je nak Suri kuar duit beli upt test tu kan. Hehehhe
Suami selalu pesan, setakat lewat sehari dua, xperlu la test.
Unless mmg period tak dpt langsung untuk seminggu or lebih.
Baiklah awak!! Next time saya ikot nasihat awak.
................
Juga antara makanan yang mampu menggalakkan kesuburan wanita ialah, tauge, dal, kanji, kacang botol, herba organik, cendawan, daun dukung anak.

Anak Kembar

Salam

Suri nih gigih benooor nak wat n3 banyak2. Hehehe
Almaklum la belog masih berusia 2hari. Kena la banyak n3.
Baru meriah uolss.

Dalam kegigihan mencari petua2 dan makanan tambahan utk ttc,
terjumpa lak petua nak dptkan anak kembar.
Whattt??? ye kembar uols....excited kan.
Mengikut blog Shela ni, ada beberapa faktor la.
Suri suka yang last skali. Sbb yang lain tu dah xleh nak wat pe.
Suami Suri bukan dari kalangan keluarga yg mempunyai kembar.

Takpe2..jgn susah hati. Suri masih boleh amalkan makan ubi, kentang dan susu.


" Banyakkan makan ubi, kentang dan susu. Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu, ia bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak"

Excited sgt nk cubaaaaa. Mana lah tau rezeki Suri dan suami kan.
Mulai sekarang, Suri akan cuba sedaya upaya utk minum susu setiap hari.
Suri jenis yang xleh minum susu. Nak termuntah.
Kadang2 tu terpaksa tutup hidung, pejam mata then baru minum susu.
Dari sekolah rendah lagi mmg Suri jenis liat nk minum susu.
Kesannya, sekarang tulang sakit2. Terutama kalau sejuk terlampau.

Mulai sekarang....chaiyokkk! Minum susu
Kalu dapat minum susu kambing, lagi elok kan.

Jangann pernah mengalah. Apa pun semuanya terjadi dengan kehendak Allah.

p/s : kalu minum anmum materna, kena ambil lg ke pil folic asid? Setahu Suri dalam susu anmum tuh dah ada folic acid.



Khamis yang indah

Salam semua

Alhamdulillah, masih dilanjutkan umur.
Masih diberi peluang utk hidup. Syukur padaNya.
So, usaha utk conceive diteruskan.
Moga2 Allah permudahkan. Amin.

Akhir2 ni berita demi berita yang Suri baca.
Ada yang berjaya pregnant, ada yg dah selamat melahirkan anak,
ada yang kematian anak setelah mencuba selama bertahun2.
Semuanya ada hikmah wahai sahabat ttc sekalian.
La tahzan.

Kata orang, semua tu adalah pengalaman yang tak boleh dibeli.





















Don't lose hope kata omputeh.
Insha Allah ada jalan.

Awal2 pagi dah ternampak pic newborn retis zahiril adzim & syiera ayob.
Masha Allah, comel bangat. Mata bulat.
Tembam. Dapat Suri bayangkan bau baby baru lahir.
emmmmm...fresh nya.

















Geram sangat! nak je cium2. Pastu bawak lariiii...hehehe
Tahniah Suri ucapkan pada mereka. Semoga menjadi ibubapa yang baik.
Insha Allah



Hamil Semulajadi

Salam

Walaupun dah masuk tahun ke 2 nikah, kami suami isteri
buat keputusan untuk hamil semulajadi.
Bukannya niat kami untuk langsung tidak berusaha.
Suri pernah 2x berurut.
Pernah ambil lumiglow (habis 2 botol)
Pernah minum susu kambing alkhisbun (xhbs minum sbb xtahan panas herba)
Folic Acid mmg wajib ambil (walaupun kdg2 terlupa)


Maksud Suri untuk hamil semulajadi ialah dengan tidak menjalani apa2
rawatan kesuburan dimana2 klinik mahupun gyne.
Biarlah kami mencuba secara semulajadi dulu.

Suri ada juga refer blog dr hamid arshad.
Beliau suggest mana2 pasangan yg TTC utk terus dapatkan rawatan
sekiranya usia perkahwinan dah lebih setahun.
Ntah la...Suri dan suami belum bersedia ke arah itu.
Terutama suami. Bila Suri sebut ttg rawatan, suami akan jawab nanti2 la.
Emmmm...ntah apa yang suami Suri fikirkan pun sukar nak agak.
















Hari ni CD19. Cycle Suri last month adalah 32 hari.
2 hari lepas Suri perasan macam ada cecair cam "white egg" tu.
Hari ni pun ada. Adakah ini petanda ovulation?
Mungkin keputihan or something else.
Apa2 pun Suri akan terus mencuba. Be +ve kata orang.
Insha Allah
 


Permulaan TTC

Salam

2013 adalah tahun ke-2 perkahwinan kami suami isteri.
Kami masih menanti kehadiran cahaya mata.
Tinggal berjauhan sebelum ini mungkin juga faktor kenapa kami
masih belum dikurniakan anak.
Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami utk tinggal bersama.

So, bermulalah usaha TTC kami.
Semoga Allah permudahkan segala usaha kami. Insha Allah.

Setakat ni dulu buat permulaan.
Next time kita berkongsi info2 TTC ye.Insha Allah