Wednesday, June 26, 2013

Ayam Goreng Kunyit Black Pepper

Salam & hellooo there...

Suri wajib ke dapur setiap hari.
Kalu hari cuti masak banyak sikit.
Kalu hari bekerja, masak untuk dinner sahaja.
Walaupun Suri masak simple untuk dinner, suami makan bertambah jugak.
Ayoooook...badan suami makin demook-demook.

Mana tak nya, sampai umah dah 6.30ptg, terus masak.
Paling awal buleh makan adalah 8 malam. Waktu2 cmtu dah tak sesuai
untuk makan berat. Apatah lagi kalu makan nasi berpinggan2 mcm suami Suri tu.






Tambah2 kalu masak ayam goreng kunyit black pepper.
Dihidangkan pulak dengan sup sayur.
Makin berselera suami tambah nasi.

Suri nak kongsikan resepi yang sgt simple ni.

BAHAN :
Dada ayam di potong kecil (anggaran untuk 2 org)
3 ulas bawang putih - dicincang utk menumis
1 biji bawang besar holland - potong tebal2
Sayur2 - brokoli, carrot, kacang panjang, cili besar


 



BAHAN PERAPAN :
3 ulas bawang putih *
1 sudu lada hitam *
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

CARA-CARA :
1. Tumbuk lumat bahan bertanda * dan gaulkan bersama serbuk kunyit dan garam. Perapkan dengan dada ayam tadi selama lebih kurang 5-10 min. Kemudian gorengkan ayam td sehingga masak.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah dicincang hingga naik bau. Masukkan ayam yg telah digoreng td. Tak perlu tambah garam lagi.
3. Masukkan sayur2. Siap.

SELAMAT MENCUBA TTCian




No comments:

Post a Comment